Terasa bagai mahu menghempaskan jiwa
Jiwa yang berlubang
Penuh kesunyian
Separuh buta
Dek kerana yang paling penting belum cukup
Bagaimana dahan itu hendak subur
Menghasilkan buah
Jika akarnya diabaikan
Sekalipun akar itu tenggelam
Masih boleh meresap jauh
Selebihnya terpulang pada jalan
Jalan yang dipilih
Mahu buta
Mahu songsang
Mahu menjadi yang teragung
Atau mahu duduk dan lihat
Lembar-lembar yang dihempaskan
Walau sekecil mana
Aku tahu menghargai
Aku telah meninggi
Membesar seiring dahan dan ranting
Yang dulunya cuma tunas
Kini aku perlukan juga
Sedikit palitan sayang
Yang aku belum pernah kecapi
Sejak memori aku yang terakhir kali
Memang belum pernah digenggang erat
Mahupun dipeluk erat
Tak mengapa
Aku menuggu hikmahnya
Aku berharap dia membawa syurga
Dan yang lurus untuk aku
Saturday, 27 September 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
He's Gone
Today is the day,my dad lave us. I know that Im not mention abut him at all, maybe due to how he act to me and how he treat me makes me feel...
-
Its been 5 months we are together. What I wanna say was Im getting happier day by day. Because of how ahe treat me right. I know it do soun...
-
skarang pukul 1.09 a.m ...hmm orang lain dah sibuk berdengkur tapi aku busy tulis blog .. malam2 macam ni aku selalu jadi musang.. hahahaha...
-
On 13th of March I started my training at Pos Malaysia as Customer Service. I thought the training was easy peasy but heack no. I never thou...
No comments:
Post a Comment