Tuesday, 28 April 2015

Bakal zaujku..

Bakal zaujku...
Ku menanti kehadiranmu..
Debaran yang hanya dia yang tahu
Semestinya ku harapkan yang terbaik..
Walau ku tahu ku pun tak mampu menjadi yang terbaik..
Tetapi ku cuba menjadi yang terbaik..
Sebolehnya ku impikan yang baik imannya..jernih wajahnya..
Aku merasakan telah menemuimu...
Menerima mu seadanya kini....
Wajahmu juga tidak kurang manisnya...
Walau ku bukan intan terpilih..namun naluriku sebegitu..
Sentiasa ku lakarkan angan2 tika kita bersama..kan ku curahkan segala rasa yang ku pendam
Segala keinginan yang ku harapkan tika remajaku...
Telah aku rasai saat bersama mu...
Namun masih terbatas...
Sabar ku menunggu waktu itu..segalanya kusimpan buat yang halal bagiku..
Beruntungkan kamu?

Bakal zaujku..
Sememangnya telah lama ku menanti tibanya saat itu..
Sememangnya telah lama ku menghitung tibanya hari itu..
Saat gelaran ku berubah..
Saat tanggungjawabku beralih..
Saat beban ku kira akan bertambah..
Saat masaku semakin sempit..
Saat perpisahan bermula..
Saat yang kutunggu tapi saat yang ku kira berat untuk ku tempuh..
Saat seluruh kehidupan ku akan berubah..
Kehidupan kau dan aku yang berbeza..
Namun kita harus bersatu..
Jujur!! Ada getar yang ku kira amat hebat membuat mata ini sering kali membanjir..
Membuat dada ini berombak..
Membuat jiwa ini sesak..
Membuat nafas ini kencang..
Sungguh.. Aku takut..bukan mempertikaikan ketentuan Tuhan..
Namun rasa ini yang dapat aku tafsirkan..
Bagaimana untuk ku melakar kehidupan ku dengan mu seterusnya…
Takut ku tak mampu..segala rasa bersarang dijiwa..
Andai ada getar dibibirku..ketahuilah..aku tak mampu menanggungnya seorang..
Pimpinla daku meniti lakaran yang akan kita corakkan bersama…

Bakal zaujku..
Aku bukan seperti yang kau jangka..
Aku bukan seperti yang dicerita..
Aku bukan seperti yang diharapkan..
Aku bukan seperti yang kau impikan…
Aku penuh dengan kekurangan..
Aku penuh dengan noda hitam..
Aku adalah insan biasa..
Usahla kau mengharapkan kesempurnaan dariku..
Kerna aku insan lemah..
Aku seorang yang sedang mencari2 diri yang hilang..
Itu sebabnya ada ketika lidahku kaku membisu..
Aku seorang yang sedang membina peribadi yang gemilang..
Itu sebabnya ada ketika aku silap dalam membuat perhitungan..
Aku seorang pelajar yang sedang belajar erti kehidupan..
Itu sebabnya ada ketikanya aku tersungkur dipersimpangan dan memerlukan lebih perhatian..
Aku seorang musafir yang sedang mencari nilai cinta ilahi..
Itu sebabnya ada ketika aku ketandusan kasih sayang dan aku perlukan lebih perhatian..
Luarku kuat..tapi mengertilahdalaman ku lemah..

Bakal zaujku...
Aku tahu, saat lafaznya sakinah..tiada lagi pengunduran..
Tiada lagi penyesalan..
Tiada lagi kali ke 2…
Itu yang ku harapkan..
Sudikah kiranya kau menjadi yang pertama dan yang terakhir buatku?
Sudikah kiranya kau menjadi imam buat ku dan anak2 kita kelak?
Sudikah kiranya kau menjadi kereta dan jambatan untuk kita dan anak2 ke syurga?
Sudikah kiranya kau menjadi raja dalam mahligai ini?
Sudikah kiranya kau menjadi yang terpenting dalam hidupku?
Relakanlah dirimu..andai terpaksa,..ku mengerti..
Keterpaksaan lama2 akan bertukar menjadi ikhlas…
Aku juga mencuba…

Bakal zaujku...
Amat sukar bagiku membuat pilihan..
Jiwaku diselubungi perasaan yang sangat sukar aku utarakan..
Pelbagai persoalan yang tiada jawapan..
Namun..bila ku memandang semua ini dari Tuhan ..aku dengan tenang mengikut ketentuan…
Yes..i do…

Bakal zaujku..
Berjanjilah dengan nama Tuhan yang menjadikan langit dan bumi..Yang menjadikan siang dan malam..
Yang menyatukan antara kau dan aku..
Berjanjilah kau tidak sesekali mensia2kan aku..begitu juga dengan ku,
Berjanjilah yang kau tidak akan menduakan,mentigakan,men empatkan aku..
Bukan ku menolak sunnah..
Namun ku tak mampu menanggung dosa…menanggung rasa..menanggung derita,..
Namun andai takdirku begitu..apa yang harus aku katakan..
Berjanjilah kau akan cuba menyayangiku di setiap langkahku..begitu juga dengan diriku…
Berjanjilah kau akan menggengam tangan ku erat,memelukku,menyeka air mataku di saat susah dan senang…begitu juga dengan ku..
Sungguh...berjanjilah denganku..kau akan setia hingga hujung nyawamu begitu juga dengan ku..
Semua ini dengan kehendak Tuhan yang SATU…insyaAllah..

Bakal zaujku...
Saat ku mengatakan ku terima..
Ini bermakna seluruh kelemahan dan kekurangan mu jua ku terima…
Suatu hari nanti usah di ungkit semua kekurangan dan kelemahan ku semata2 kerna telah hilang rasa sayang dalam dirimu terhadapku…
Kerna saat lafaz itu kau menerimaku apa adanya ku..
Penyatuan ini adalah satu kesempurnaan..
Penyatuan ini membentuk keserasian..
Penyatuan ini membina keharmonian..
Penyatuan ini menambahkan kekuatan..
Bukan ku mencari kesempurnaan dalam dirimu..
Tetapi ku mengharapkan kesempurnaan dalam penyatuan kau dan aku..
Sudikah kiranya kau jua menerima segala kelemahan dan kekurangan ku ini?

Bakal zaujku...
Usah ditanya mengapa dan kenapa aku memilihmu..
Kerna ini semua kehendaki Tuhan..
Dia yang memilihmu untukku..
Tiada daya dan upaya ku dalam menilai manusia..kerna ku juga manusia..
Andai ini hadiah daripadaNya..aku terimaa..
Andai ini jua ujian daripadaNya..aku redha..
Orang2 yang di uji itu adalah yang Allah sayang
Tiap yang berlaku ada sebab musababnya..
Aku belajar menerima takdirku..
Ku harap kau pun begitu…
Andai ada ketika aku diam dan berwajah muram..
Usah kau bimbang…kerna aku sedang memujuk hatiku untuk mencintaimu keranaNya kerna aku insan biasa yang tak mampu menghadirkan rasa cinta sekelip mata..
Tegurlah aku andai ku tersilap langkah kerna kau pemimpinku..
Kita cuba membina keluarga yang sakinah dan penuh barakah daripada Allah..
Kerna permulaan kita adalah berlandaskan agama..
Jangan kita kotori ia dengan dosa2 yang membawa kita ke neraka..
Ku cuba menjadi yang terbaik..
Ku harap kau pun jua..
Bakal zaujku...
Kiranya nukilan ini mengganggu imanmu..
Maafkan aku…
Kiranya nukilan ini mengundang rasa sakit dihatimu…
Maafkan aku..
Kiranya nukilan ini membuang masamu..
Maafkan aku..
Sesungguhnya lidah ku kelu untuk berbicara buat masa ini..
Kerna kau dan aku berbeza dan amat berbeza,..
Moga penyatuan ini menjadikan kita sama tanpa perbezaan..
Yang sentiasa mengharap redha dariNYA..


Bakal zaujahmu…

No comments:

Post a Comment

He's Gone

Today is the day,my dad lave us. I know that Im not mention abut him at all, maybe due to how he act to me and how he treat me makes me feel...