Sunday, 23 April 2017

Langkawi day 3

Harini sama jugak pagi2 dah breakfast. makanan pun sama jugak tip top sedap. ada roti jala lah aku bantai macam2 jugakla hahahah. so after that dah kenyang2 makan aku akan g tepi laut lepak2 jap tengok air laut before naik mandi. syok do tengok lauk. memang best mcm tenang sangat2 la hurmmmm. Sambil sambil tu usha la kapal2 yang tak berapa nak bergerak tu kan. aku fikir kapal siapa ah tu, takkan nelayan loaded gila kan pakai kapal macamtu hahaha.
sampai la ke imaginasi melampau yg xsepatutnya aku pun naik la untuk mandi sebab kejap lagi kita nak pi jalan2 muzium 3D huhuhu.


Selepas itu, kami sekeluarga.... ceee mcm karangan skolah an hahahahha. so amik masa lama gak ar nak sampai muzium 3D tu. before sampai sana kitorang singgah kedai gamat dlu. sebab biasa la mak n kakak2 nak beli minyak gamat, ubat gamat la apa. Aku pun beli skali, aku beli untuk mak Rifhan sebab mak dia un baru lahirkan baby so mesti perlukan minyak2 gamat, n aku jugak belikan satu balm gamat untuk baby which kalau mak dia nak sapu dekat ruam2 adik dia ke pun boleh. Aku pun beli gak sebab aku pun kkdg pening so yea maybe i need one. dah tua2 ni kata kan hmmmm..

lepastu kitorang singgah kilang batik. kilang kecik je. baju xde la lawa mana. stok2 kau boleh dapat dekat Central Market or Pasar Seni je pun sebab tu aku xbeli apa2 lansung dekat situ. Mak aku beli lah sebab nak buat kenangan katanya. aku pon xtau la kenangan tang mana nya hahahaha.


Dan lepas itu, amboih berapa banyak lepastu aku kan. Lepastu takda singgah mana2 dah kami straight ja sampai ke muzium 3D, dekat area ni memang mcm tempat orang jalan2 semua la. tapi memang jauh sebab bahagian yang jauh dari area2 penduduk situ. mcm ke arah area bukit2 semua la.

after arrived muzium 3D kitorang pun just amik2 gamba dalam tu jelah. dalam tu sumpah bosan siak yang penting bau kaki, bau stoking and mcm2 bau ada welk nak muntah aku. sebab dalam muzium tu awal2 kene bukak kasut dulu and diorang akan simpan. sebab tu bau kaki do bapak busuk gial. xselesa lansung dalam tu aduhhh...

so amik2 gamba je sebab kakak aku bawak baby xboleh nak pergi banyak tempat sangat huhuhu...







Lepas pergi muzium 3D kitorang balik hotel balik, then malam kitorang g makan dekat kedai dekat dengan hotel, just memang tepi laut la. best sangat sebab masa tengah makan pun boleh nampak obor2 dalam air tu huhuhu. sama jugak la makanan dia sedap2 sangat dekat situ. worth la so memang aku bab makan ni xcerewet sangat kalau dah memang sedap. cehh hahahahah so this is ou last dinner la sebab esok pagi dah nak check-out dah. so sad. apsal cuti rasa sekejap hahhh? =="

















Saturday, 22 April 2017

Langkawi Day 2

Pagi2 dekat hotel ni sediakan buffet and so on, kitorang pun pagi2 dah get ready lah nak pergi buffet. turun2 bawah terkejut sebab ramai jugak orang dekat hotel ni sebab dekat corridor mcm xda orang sangat je hahahahah. so kitorang makan macam2 jugakla and so far mmg makanan dia okay, sedap and mengenyangkan. so makanan kat hotel tu okay. tip top jugaklah. ada nasi lemak, ada roti canai,, cornflakes pun ada, sup pun ada, bubur pun ada mcm lah ada. berapa kali nak round pun boleh. cuma kalau perut aku ni sekali round je hahahah.

lepastu dah petang2 skit lepas zohor aku belum keluar lagi just adik aku keluar katanya nak pergi sewa motor sebab dia nak usha Langkawi. nasib baik la kakak aku jenis cool so dia let go jelah dia nak buat apa pun. so dia gerak dengan abang ipar aku la g sewa motor. so diorang jalan2 lah sampai Pantai Chenang nuh. Aku pon apa lagi proceed la dengan plan aku nak nek Parasiling sebab dah lama woi aku teringin nak naikk.

Tuu dia aku ni xpadan dengan gayat nak juga try tu hahahha. tapi kata orang jangan di tahan tahan betui dak kalau x nanti mngidam aih huhuhu.

so petang tu dalam lpas zohor kitorang pergi jalan2 dekat area Pekan Kuah and singgah dulu dekat kedai makan untuk makan tengahari. Btw aku just nak cakap lauk dekat sini memang sedap2 gila even gerai paling murah kau nampak pun sedap gila. serious talk. hahaha. sebab sambal belacan dekat sini sedap gila bhaiiiiii lepastu diorang suka bg sekali dengan ulam fuuuhhh terangkat siak.

then kitorang gerak pergi Pantai Chenang lepas makan sebab aku dah bising la nak naik jugak Parasiling tu tau. kakak aku cakap nak hujan la apa la. aku cakap pergi dulu sebab kita tk berada di bawah awan yang sama. ceeh pandai gila aku cakap nasib baik ah sampai situ mmg xhujan hahahahahh...

so lepas survey2 harga dia RM120. memang mahal skit ah and aku faham kenapa mahal sbb euipment boat tu and aku xtau la kalau ada insurans ke x kalau nak naik hahaha. sbb mcm berisiko jugak ah. tapi aku xpeduli sebab aku mmg nak merasa naik hahahha.

dah setup semua abang2 seksi tu bawak la naik boat. adik aku follow sekali sebagai peneman. aku panggil seksi sebab abang2 tu tak brbaju semua. pakai shorts je. badan dah gelap sebab hari2 depa dok berpanaih atas bot tu depa kata. atas bot tu sempat lagi tu diorang mengorat2 aku hahahahh. siap cakap kalau aku kawin dgn dia hari2 boleh naik free je adoi...

so slowly masa mula2 nak naik tu seram jugak tapi dah ada kata atas tu sumpah best siaaaa... aku rasa mcm tengok view yang wide gilaaaaaa and aku xboleh nak imagine lah mcmana cantik dia. view dia cantik mcm atas flight cuma rendah skit la sbb flight tinggi.


Adik aku pon naik jugak. lawak je masa mula2 tu mcm xjd nak naik tapi lepastu dia nak pulak naik sebab aku offer nak bayarkan untuk dia. and funny gila muka dia masa tu sebab dia mcm cuak2 hahahahah. memangla badan dia besar so dia akan lebih risau la kan? aku rasa la hahaha.


so after that malam kitorang pergi borong chocolate dekat Hj Ismail Group. biasa la rutin yg akan dilakukan oleh semua orang yg pergi Langkawi. and aku rasa sebab tu dia masyuk sampai da boleh bina hotel dah dekat sebelah tu. Aku borong banyak jugak sebab member punya kirim pun dah banyak. dengan aku punya lagi. dengan untuk sayang aku Riffy tu lagii. dia kirim banyak jugakla. tapi aku volunteer je nak belikan sebab aku xkesah pun hee..

total amount yang aku borong almost 300 hahahah. banyak x banyak x? but itu mcm sikit kot sbb kakak aku almost 500 kot chill je. acah2 minah tu kang bukan makan banyak sgt pun hahahah.

Lepas borong chocolate dalam keadaan pening sebab penuh gila dalam tu dah mcm ada chaos, kitorang g makan dekat kedai. kedai tepi2 jalan mcm warung je tapi mmg sedap gila lauk2 dia sumpah fresh. tomyam dia pun pedas yg amat sampai aku xlalu makan nak terbakar jugakla lidah aku. So kalau dah kenyang buat apa ?? tidur ? salah dah kenyang cakap Alhamdulillah. hambar tak? hambar tak ? hahahahah so we gonna do other things tomorrow need to sleep bye2.




Friday, 21 April 2017

Langkawi day 1

Harini kami sampai2 ja kami teruih naik keta sewa. tuuu dia sampai teruih loghat kedah noh hahahahah. Yang bengang cuma flight delay tadi. aku dah lepak kat ataih karpet dah sambil usha flight xmai2 lagi. nasib baik lewat sejam je. kalau dua jam mmg pishang lah.



So perjalanan ke hotel tu ambil masa dalam setengah jam jugak sebab hotel kitorang tu hujung tau. so kitorang kena like drive ke bahagian hujung2 jugak la. so hotel tu punya nama biar la aku rahsia kan takut ada sesiapa google hotel tu tak pasal jumpa acc aku ni bhahahahah. so hotel tu terletak dekat pekan Kuah. kalau tinggal dekat Kuah best sikit la sebab nak berjalan sana sini dah dekat dah.

Bila dah sampai hotel tu kitorang pun check in. dah check in naik la atas lepas diorang bagi card tu. so lepas naik kitorang guna la card tu nak masuk dalam bilik. so aku, mak n adik aku bilik no 27, kakak aku n husband dia bilik no 28. then kitorang pun try la scan card tu dekat pintu tau sebab usually memang kena scan that card on the door baru dia akan open. lepastu try punya try xboleh tau sampai la kitorang mcm plan nak try card no 27 untuk bilik 28 tu. Skali pintu bukak hahahah. adoi amende lah diorang ni. then kitorang expect maybe dioang ter switch bilik punya card. so try la card no 28 ke 27. xboleh pulak. masa tu dah bengang lah an.. sebab orang dahla penat nak masalah pulak mcmtu. so kitorang masuk bilik kakak dulu rmai2.

and then actually bilik 28 n 27 ni gabung. so mmg boleh masuk melalui pintu dalam bilik tu. dah masuk bilik, try la nak masuk bilik 27 guna pintu tu. pastu lock pulak. then kakak aku nak try call guna room phone. skali rosak hadehhh. terpaksa la dia call guna phone dia. so that budak2 bawah tu boleh naik atas and handle. then diorang pergi check card. adoi part tu dah slack dah hotel macamni.

lepastu xlama tu diorang bawak naik card lain. yg diorang bukak sendiri lah guna card tu. and then aku pening lah cerita pasal card tu sebab after that aku pun da confuse da card kakak aku ke card bilik aku sebab card tu tak tally dengan no bilik. duhhh confuse siak.


Lepastu, petang kitorang turun Pekan Kuah, pusing2 nak pg cari makanan sebab dah lapar dah semua. so kitorang pergi port dekat Hj Ismail group punya area. which is depan dia ada kedai2 makan semua. so aku makan nasi campur bagai lah. so aku da melantak la dengan bahagia nya sampai aku kekenyangan hahahah. after that kitorang jalan2 dalam Hj Ismail. plan2 je nak beli apa smua.
Then balik hotel balik. sebab akk aku ada anak kecik so kitorang tak prefer nak jalan malam2 la.

masa waktu dah nak senja aku pergi tepi laut n tengok matahari. tengok sunset. biasala hobi aku tengok sunset. bahagia betul rasa dapat lepak depan laut tu. mcm lupa la semua masalah. hmmm suka ah best sangat lepak depan laut.


He's Gone

Today is the day,my dad lave us. I know that Im not mention abut him at all, maybe due to how he act to me and how he treat me makes me feel...