Dah 2 minggu aku kerja kat tempat baru. Kerjanya memang susah. Memang aku ditawarkan kerja sebagai designer, tapi aku xperlu nak perah idea, sebab bos aku cuma perlukan seseorang yang berkemahiran untuk menggunakan software. Aku belajar guna software baru. Which is Corel Draw. Bila ada customer nak design namecard atau buat Rubber stamp aku kena design mcm apa yg diorang nak. Kat sini semua customer datang pasal rubber stamp dengan namecard je. Rubber stamp kita ada banyak jenis rubber stamp and mcm2 size. Size plak ikut harga. Ada mcm2 jenis aku kena refer buku lagi setakat ni sebab banyak sangat kena belajar. Then Namecard plak boss dah save artwork ribuan company siap ikut folder alphabet lagi. so aku cuma perlu cari nama company lepastu tambah je kalau ada permintaan.
Lepas design aku akan print kertas approval ntuk customer sign menandakan dia dah bersetuju n terus bayar kat counter je. Kalau rubber stamp selalunya esok dah boleh collect tapi kalau express rubber stamp kena tambah 30 ringgit n boleh collect haritu jugak. So kalau korang nak tau kerja aku memang bukan as designer je =__=" designer tu include sekali tukang printing, photocopy, n tukang semua benda ah termasuk buat rubber stamp.
Btw, selama ni semua orang just guna je rubber stamp and xpernah amik tau pun an mcmana benda kecik tuh kita buat? aku dlu pun xpernah amik port tapi aku suka main cop mak aku hahaha. or main cop cikgu aku sebab aku selalu tolong cikgu tanda paper hahaha...
Ermmm tau x susah sebenarnya nak buat benda alah tu. nampak kecik n xberapa nak difikirkan sangat. Tapi susahhh beb sebenarnya. Now aku design, aku buat getah cop tu and aku sendiri yang lekatkan kat cop tu. Perghh memang pengalaman laa benda tu. Mmg aku xpernah terfikir akn buat bnda2 tu. Main dengan getah hari2. Melekit2 tu semua. Step nak buat dia lain kali lah cerita sebab aku malas panjang sangat step dia..
And aku pun dah blaja pasal jenis2 printing, nak print kertas keras ke tebal ke, ivory ke, nak buat maecard punya allignment ke semua aku dah blaja setakat ni. boss aku power jugak laaa sebab dalam busy2 tu dia boleh ajar aku dlm shorter time je. Dia boleh explain mcm2 sampai kepala aku pun berat. Kepala aku dah berat gila 2 minggu ni tambah2 semua benda kena tulis supaya xlupa. Dia dah xnak aku refer dia selalu. Ada 6 jenis printer aku kena ingat n hafal. Aku xboleh sewenang-wenangnya print kat mana2 printer. Kat each printer ada function sendiri and ada toner berlainan. ada yg Toner khas ntuk full color. ada yg black and white sahaja, ada yang untuk namecard n others pun boleh except full color, and ada gak yg paling besar n senang ntuk photocopy n printing.
Pastu dh belajar jugak binding, photocopy, aku dah belajar mcm2 jenis com, yg besar or yg kecik. Nak masukkan dalam com n fully binding semua. Aku dh blajar semua tu hehhe and xderla susah sangat bila dah mahir. cuma ada banyak lagi yang aku belum mahir hehehe. still my book is prepared to jot down new stuff. Tapi yang pasti aku mmg letih gila everyday. And now hari2 kena naik lrt ke Ampang Park office aku tu. pagi2 nampak muka semua org blurrr je hahahhaa. aku pun naik blur dah 2 mggu ni. Yang pasti mata aku makin kabur. hmmmm... not a good thing.
Friday, 11 September 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
He's Gone
Today is the day,my dad lave us. I know that Im not mention abut him at all, maybe due to how he act to me and how he treat me makes me feel...
-
This is not the final event. At this time I was quite tired for so much event, I know it was happy thing and it was good but I feel its kin...
-
Harini aku baru je habis paper Chemistry 3 n Biology 3 ... perhhh tough dohh ... ayat biasa orang lepas exam kan mesti merungut sedangkan pu...
-
Its been 5 months we are together. What I wanna say was Im getting happier day by day. Because of how ahe treat me right. I know it do soun...
No comments:
Post a Comment