Friday, 29 July 2011

AHLAN YA RAMADHAN



assalamualaikum ............... :D


Hai guyss!!
Hai Bloggers!!
Hai peeps!!
and Hai all!! hehee... 


eemm dah lama tak update blog... rindu... hehee... sedar tak sedar bulan RAMADHAN dah hampir menjengah kite... yang lain2 dah ganti puasa ke belum? hahaa.. kalau belum cepat2 lah ganti ye? sebab kalau terlewat takut tak sempat nanti.... aku dah cukup ganti dah hehe...


untuk pengetahuan semua Tarikh pertama Ramadhan bagi tahun 2011 ini dijangka akan jatuh pada 1.08.2011.. bersamaan hari Isnin... jadi ramai yang telah mmpersiapkan diri bagi menjalani ibadah puasa :)..
saya juga tak sabar untuk berpuasa hehe.. :)  diharap kita dapat menjalani bulan ramadhan ini dengan penuh keberkatan dan dapat menambahkan amal ibadat kepada Allah serta sentiasa sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah .. 


disini saya ingin berkongsi KELEBIHAN RAMADHAN ...semoga kita bersama2 mendapatkan rahmatNya.




Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-



SALAM RAMADHAN AL-KAREEM :)

Sunday, 17 July 2011

TREETSHIRT CONNECTION dgn sokongan YAYASAN ANAK WARISAN ALAM & kerjasama Pusat Tuisyen Prima & Prima Jumpstart menganjurkan acara 1000 Smiles for Nature:

Tarikh: 16 Julai 2011
Masa: 10pagi - 6ptg
Tempat: AEON AU2/Setiawangsa





PRIMA JUMPSTART is A training team comprises of MOTIVATED, PASSIONATE, EDUCATED & FUN youths who share the same enthusiasm to rock the world!!! 
it is also the place where im having my tution classes..
so. they often done many events to promoting the TREETSHIRT COONECTION and PRIMA TUTION CENTRE... 
the activities is fun and enjoying . espacially for teenagers which can spend their weekend with moral activities.. 


here are some of the picture during the events  :) 


















Wednesday, 6 July 2011

Youth to Youth


kita mulakan dengan BISMILLAH HIRRAHMANNIRRAHIM...
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh..

Hari ni hari rabu ... kebiasaannya skolah aku diwajibkan memakai pakaian kokurikulum kesekolah ... dan aku adalah ahli Persatuan Puteri Islam ... jadi aku memakai pakaian puteri islam lah .. takkan baju bomba pulak ..hahaha... maybe ada yang akan gelak bila dapat tahu aku ahli persatuan puteri islam sebab dengan aku punya attitude yang agak kasar memang orang tak expect yang aku Naib Pengerusi persatuan yang sopan mcam ni =__=" hahah...  even setiap kali aku buat gaya berkobar yang aku ahli puteri islam memang setiap kali tu jugak diornag ketawa tak hingat dekat aku ... hampeh ... = ="

so harini aku , Dianatul and Nabilah dipilih oleh ustazah untuk jadi wakil ke UIA untuk program "Youth to Youth ".... wahh !! aku seronok sebab aku memang nak keluar sekolah sebab aku pun dah loya nak tengok buku je hari2 ... and aku pun berminat dengan program2 yang boleh tambah sijil2 aku ni hehee...

so kitorang bertolak ke sek5 n naik bas dari situ ... aku jumpa kawan lama aku yang sama2 tusyen dengan aku dulu n aku duduk dengan dia ... mcm2 aku cerita .. rindu jugak dekat dia sebab dia memang honest girl :) ..

sampai2 dekat sana kitorang dah dberi srapan...haih eloklah aku pun dah lapar hahaa... kemudian ada ceramah .. ok jugaklah ceramah tu takda lah mengantuk sgt kalau tak memang dah berdengkur habiss hahaha..then kitrng dengar forum ...

lpastu ada game!!! masa game tu aku kena buat muka comel lepas tu akak2 fasi UIA akn bg markah hahaaa..aku wat muke toye je dapt la 40 sen ..malu lah wat bnda2 gini hahahha...

then kitrang dikumpulkan dlm 1 group dan dlm group tu kitorang buat mcm2 aktiviti n yang pertama sekali mestilah berkenalan kan ... bila dah kenal2 kitorang buat game , pandangan , pendapat n mcm2 lah ... seronok jugak .. mengembangkan minda untuk berfikir ... and then b4 bersurai kitrang tukar2 no fone n email ... seronokkkkk sagat2 dapat mmber2 baru ... :) :)

sebahagian gmbar .. hehehe









Thursday, 30 June 2011

buenos ares

first of all saya nak ucapkan ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAHI WABARAKATUH...

heeee setiap permulaan akan lebih berkat jika dimulai dengan salam bukan? 

p/s : jangn lupa jawab salam saye ni..hehe

dah lamaa tak update blog ni sebab jadual harian memnag pack sangat2 ... sekarang aku dah ada kelas chemistry pulak untuk hari selasa dan rabu ... memang penat .. aku balik pukul 5 .. sememangya beban final year tu memang terasa habislah .. =__=" .. semua cikgu bekerja keras n bertungkus lumus nak bagi kitorang score semua paper  gempak2 ... aku jugak yang malatop hahahha... tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk capai tahap yang lebih tinggi .... :)

oh oh oh !!! untuk pengetahuan semua trial spm aku lagi 2 bulan je ... bulan 9 .. bertarikh 5.9.2011... waaaa cepatnya masa berlalu terasa bagai baru semalam aku habis exam PMR hehehe ... so memang kitornag kena kerja keras sikit untuk tahun ni....

semangat SPM!! semangat 2! hahaaa

aku harap aku dapat result yang terbaik dan dapat masuk universiti sebab itulah harapan aku dari dulu .. aku nak tengok mak abah n family aku happy tengok aku berjaya n success.... aku jugak harap sayang si dia akan  sama2 masuk universiti ...

aku sentiasa akan berdoa kitorang akan berkekalan hingga akhir hayat kerana sesungguhnya dia yang terbaik :)

SPM itu penantian yang menyeksakan!!! :p


love MAZ :)

Friday, 24 June 2011

Wutda duff

pening kepala aku bila fikir ... salah ke bila suka? salah ke ? kalau pendam lagi salah .. hidup aku makin happy tapi kenapa dia ? kenapa dia selalu mempersoalkan pasal kitorang sedangkan yang lain okay je ... dia buat aku kusut .. dia buat aku fikir macam2 .. aku tak takut dengan masa depan aku sebab aku rasa kita takboleh menetukan masa depan ;...kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan ... jadi kalau aku dan dia merancang sebaik2 nya aku rasa takkan mustahil untuk capai apa yang aku inginkan

coz for me

IMPOSSIBLE IS NOTHING...

so dont ever mention about that with me because he is the one that always in my mind ........




S U K A N - T A H U N A N

HUAHUAHUA...semalam baru sahaj berlansungnya sukan tahunan di sekolah ku.. penat sangat2..walaupun aku tak menang perbarisan tapi ok laa..at least aku ada sesuatu untuk dikenang.. skolah aku buat dekat stadium selayang.. hahaha.. agaknya diorang nak advance sikit kot .. tapi aku naik bas laa.. diorang hantar straight ke stadium tu.. emmm tak la besar sangat size stadium tu.. medium je..

aku jadi pembawa sepanduk puteri islam .. memang agak malu sebab aku kena pakai baju kurung lain daripada orang lain .. hahaha.. tapi aku suka sebab aku tak perlu berkawad dan hanya jalan kaki je..hehhe...

cuaca memang panas dan aku pun dah hitam sikit aku rasa .. =__="

si dia mcam biasa lah .. dia jadi photographer.. asyik ambik gmbar aku .. memang memalukan betul .. =__="

ni sebahagian gambar .. ooopppss lupa nak bg tau

yang menang acara perbarisan tu adalah pengawas dan rumah sukan yang jadi juara rumah HANG KASTURI !!!! Yeahhhhh!! aku menjerit gila2 sebab rumah sukan aku lah tu hehhee...

















Sunday, 19 June 2011

Photo shoot !!

harini hari ahad....... tapi aku takda lah bosan sangat sebab buah2 aku datang umah ni .... so aku ada teman sembang dan main hehe... anak buah aku ada 3 orang .. yang sulung nama ISKANDAR ZULKARNAIN .. yang kedua nama ZARITH HAIKAL  dan yang latest baru lahir tahun lepas nama MASYA DANIA .. perrhhh!! nama sedap2 betul diorang ni .. panggil pendek jugak .. nama aku pun lima huruf je ... anak2 buah dan kakak aku ni akan stay kat rumah aku bila ayah diorang hantar barang kat negeri lain .. outstation la kiranya .. lagipun kalau kakak aku nak makan ke mandi ke solat ke ada la ornag nak jaga anak dia yang bongsu umur 10 bulan tu...


tiba2 si dia text aku ... dia cakap dia nak datang rumah untuk ambil pendrive yang aku pinjam haritu ... so aku pon plan something ... aku suruh dia bawak camera hahhaa. tapi bukan la nak amik gambar aku ... amik gambar anak2 buah aku tu hehe ... n dia pun stuju ... dia sentiasa on je hahaha.. kakak aku yang merupakan mak kepada anak2 buah aku pun lagi lah setuju sebab dia suka la ornag nak ambil gambar anak2 dia ... hahaha ... tapi aku harap aku tak menyusahkan dia sebab aku cuma nak tengok kakak aku happy .. :)

so kat bawah ni gambar2 ank buah aku untuk tatapan hehe ...


ini no 1

no 2
and no 3 the cutest hahaha... 
















He's Gone

Today is the day,my dad lave us. I know that Im not mention abut him at all, maybe due to how he act to me and how he treat me makes me feel...