assalamualaikum ............... :D
Hai guyss!!
Hai Bloggers!!
Hai peeps!!
and Hai all!! hehee...
eemm dah lama tak update blog... rindu... hehee... sedar tak sedar bulan RAMADHAN dah hampir menjengah kite... yang lain2 dah ganti puasa ke belum? hahaa.. kalau belum cepat2 lah ganti ye? sebab kalau terlewat takut tak sempat nanti.... aku dah cukup ganti dah hehe...
untuk pengetahuan semua Tarikh pertama Ramadhan bagi tahun 2011 ini dijangka akan jatuh pada 1.08.2011.. bersamaan hari Isnin... jadi ramai yang telah mmpersiapkan diri bagi menjalani ibadah puasa :)..
saya juga tak sabar untuk berpuasa hehe.. :) diharap kita dapat menjalani bulan ramadhan ini dengan penuh keberkatan dan dapat menambahkan amal ibadat kepada Allah serta sentiasa sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah ..
disini saya ingin berkongsi KELEBIHAN RAMADHAN ...semoga kita bersama2 mendapatkan rahmatNya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai
banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang
keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa
tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan
ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.
-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan
penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang
telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa
yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya
apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu
Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah
S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada
sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada
Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada
bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga
golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku
bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka
apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun
perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah
kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau,
manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat
Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
SALAM RAMADHAN AL-KAREEM :)
No comments:
Post a Comment