Wednesday, 27 August 2014

Dinner Comstar









K rasa cam tua plak kali ni sebab dinner kali ni aku dah tahun 3.
serious rasa tua hahaha.
kali ni tema dia vampire plak. pening memikirkan nak pakai macamana.
beruntung aku sebab yong ada baju warna hitam merah. glam pulak tu.
dah selamat duit aku xyah nak g beli baju ke apa ke hahaha.
tapi kalau aku g beli pun mmg dah xda idea lansung dah.
maklumlah bab2 tema ni pening fikir nak pakai ape.

then ajak comel comel sayang aku teman cari accesories.
sebab accesories je yg tinggal.
last2 aku beli topi yang like flat tu je.
and beli mask sekali.
just masa dinner tu macam malas plak nak pakai mask.
sebab nanti xnampak lak mmber aku make up tu hahaha.
tapi aku serious suka the way dia makeup tu.
lawaa gila. memang boleh jadi mak andam kot.
Nurell Raqin hebat betul bab solekan ni.
lagipun guna Estee Lauder lagi laaaa kan.

Muka lepas di makeup oleh Nurell hehe



aku thanks a lot kat sayang aku sebab dia laa aku dapat g dinner tu perfectly.
im so much sayang dia sebab dia sanggup tunggu sorang2 just sebab hantr aku g dinner.
haih aku serba salah sebab dia mankind yg mmg kind bagi aku.
dia punya sacrifice tu aku terharu sangat2.
di sanggup tggu sorang2.
dahla lepastu dia sent aku n mmber pastu kena patah balik plak ambik fendy.
hmmm aku willingly teman dia makan sbb dia xmakan lagi.
sayang dia sangat2.
just aku mcm agak penat skit aku cm lalok2 plak.
teruk gila sbb lalok2 plak depan dia padahal dia dah teman macamtu.

mmg aku kena repay him back.


LOVE YAA CHO MUCH


Sunday, 24 August 2014

My sickness come again

Adeh.. harini sakit aku datang balik.. aku pun xtau cane boleh jadi.. lepas beberapa tahun dah tak jadi.. aku ada sejarah sakit epilepsy... and aku dah berenti makan ubat beberapa tahun lepas.. hmm aku xtau plak jadi mcmni balik...

Last time aku makan ubat masa tingkatan 3.. that time aku baru umur 15 tahun... skang dah 20 tahun.. how it could happen again...

Yang aku ingat pagi tadi aku bangun.. lepastu aku nampak roomate aku.. then aku nampak mak dengan kakak aku masuk bilik.. and i was like... wtf it happen again ke.... damnn... lpastu lidah aku luka gila sebab aku ggit. Nasib baik laa tak putus.. adehh.. kalau putus mmg susah laa aku  ak bercakap lepasni.. bengkak dah ni..

Semalam aku makan kt luar.. kat klcc.. sbb cafe asrama dah berapa hari ttup.. sebba jabatan kesihatan ttup.. sebab xbersih.. and aku xplan nak balik... sbb nanti homework assignment smua aku tak buat kang... xsangka jdi mcmni..

Tapi mmg ar dah berapa hari aku xleh tidur.... susah nak tidur malam... mesti tejaga.. lepastu mmpi mcm2.. aku xtau la kalau tu hallucination aku...

Mak cakap kena refer dr Raihanah balik.. hmmm...

Just now my sayang Rifhan come.. he come to visit me.. glad he come.. makes me feel better... and he eat at my house.. with my family... im just can depend on him... i hope he really2 can take care of me forever... i do need him..

Thank god i have him besides me...

Monday, 4 August 2014

Pagi Raya...

Saat aku tersedar mendengar Takbir raya.. aku terjaga dari tidur..
aku tengok abang aku.. adk aku dengan abah dah siap2 nak pergi solat Aidilfitri.
aku selalunya tak pergi.
even aku admit, aku taktau pun macamana nak solat sunat hari raya.
mak tak pernah ajar. sebab mak pun xpernah pergi.
maybe sebab ia hanya sunat maybe.
mak selalu solat lima waktu cukup setiap hari je.
lagipun dia sibuk kat dapur.
aku bukan tak nak pergi. tapi kalau ada yang teman at least aku takde la sorang2 je perempuan.
nasib baik kali ni ada kakak au balik sekali.
selalunya yang lain mana nak ikut balik kampung sebab susah nak dapat cuti raya.
kakyang lagi laa... punya jarang balik kampung sampai aku sendiri tak ingat bila kali terakhir raya dengan dia.
yang aku ingat setiap kali raya aku nampak muka abah..muka mak.. muka adik aku..muka abang. tu jer. walaupun masa tu baru yang sulung je yang dah kahwin.

kali ni kakak aku yang kedua tu ikut balik xde laa sunyi sangat aku.
xde laa macam mati kutu je sebab aku sorang pompuan.
tapi abang dah ada anak dah. meriah laaa skit hehe. comel lak tu geram aku.
Myiesha Zanubia. pelik2 je nama. bese laa abang aku. tak pelik bukan dia laaa.
tahun ni beraya ngan kakak ipar sekali. okay laaa.
dlu aku ingat dia tak okay. maybe dah ada anak okay skit.

aku cam biasa laa.. raya bukan ada makna pun bagi aku.
denga seluar pendek 3 quater tu aku duduk atas kerusi macam apek jual ikan.
sambil makan msakan mak aku yang aku xpernah jemu.
dok ralit makan sambal kacang...rendang...semua laaa aku tibai.
macam laa aku pose penuh an hahaha.
takpe laa tak penuh pun xper. sebab itu lumrah bg wanita .

lepas aku kenyang aku dah mula bosan dah. sebab tak gi mana2.
dok lepak jaaa kat umah. sampai adik aku merayu ajak g kluar pi beraya.
aku pun dduk diam jer mcm tunggul sbb ase mcm xjd je plan tu.
mak cakap sepupu2 aku nak mai umah.

aku tunggu jela ngn sabor.
tak lama lepastu sepupu2 mai. ramai gilaaa family nyah icah.
ngan anak2 cik ammar lagi. memang ramai bebenor.

then family cik zawiyah plak mai. bawak semua anak2 dia 4 orang termasuk cucu2 dia sekali. mmang lamaaa dah tak jumpa yeop,nyah,kaklin and alang. hehehe. masa kecik2 dlu hari2 jumpa. tinggal nagn cik zawi.. makan nasi ngan telur kicap dia tu. sedap giler sampai skang ingat lagi hahaa..

lepas semua balik aku pergi beraya rumah adik beradik tiri mak.
atuk aku dlu kawin 3.
terer an. agak ah.
dia dulu ketua kampung aku tu.
lepastu dia boleh ubat orang.. dia jadi imam.. jadi tok mudim... semua benda berkaitan agama ni dia boleh handle.. perghh hebat2.

tapi yang sedih aku xsmpat jumpa pun hmmm...
and skang takda sape2 dah kat kampung tu.
aku tade siapa untuk aku sambut kat kampung tu.

aku harap pagi2 raya ni dia ingat aku.... :)

Saturday, 2 August 2014

Balik Kampung.

benda paling common sekali untuk orang-orang bandar mcm aku and family semua orang kat KL ni adalah balik kampung. adat balik kampung time raya ni dah jadi kebiasaan disebabkan semua penduduk Kuala Lumpur terdiri daripada orang-orang dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk meneruskan kehidupan.
disebabkan banyaknya peluang pekerjaan yang ada di Kuala Lumpur. dan juga jalan untuk menuju masa depan masing2. so bila dah ramai yang menetap kat Kuala Lumpur ni, kat sini jugaklah ramai yang akan berjumpa jodoh dan secara tak lansung menetap di Kuala Lumpur.

benda ni berlaku dari tahun ke tahun tanpa henti sebab dah macama dat untuk smeua orang. hinggalah dari masa ke semasa kita dapat rasakan yang waktu perjalanan pulang ke kampung tu mesti jam akan makin teruk. dan harini jugak aku nak habaq yang aku dah stuck 10 jam. sakit punggung akuuu.
sampai umah dah pukul 6 dah. Dahlaa bulan puasa, penat dia tuhan jelah yang tahu.

nasib baik sempat singgah kedai beli ayam golek. tapi mak still gak nak masak. biasalaa mak. mana tau penat. pening kepala aku tengok mak. xreti dduk diam. ada je kerja dia nak buat. aku pulak yang kesian. dia dok buat macam2 apa semua.

apa2 pun. esok hari rayaaaa!!! yeaaahhh !!! yihaaaa !!

Salam Lebaran buat abam sayang yang jauh dimata.
tapi sentiasa dekat dihati
Rifhan dihatiku... ceehh hahaha :P

Friday, 25 July 2014

Ramadhan 2014

Bulan Ramadhan kali ni aku sibuk dengan kejar masa. tahun ni aku tak sempat nak buat tarawikh pasal aku terlalu sibuk dengan assignment. member2 aku pun sama gak tak sempat. Tapi ibadah dalam bilik jelah, baca2 Al-Quran apa semua. Maklumlah Ramadhan ni kan bulan Al-Quran. Tapi dah banyak mana ibadah tu wallahualam.. hanya Allah je yang boleh menilai perbuatan dan pahala yang kita kerjakan. dan seeloknya aku tak cerita tentang ibadah takut jatuh riak atau menunjuk2 pulak kan.

Apa2 pun Alhamdulillah sebab dapat bertemu lagi dengan Ramadhan kali ni. dan aku dapat menamatkan Ramadhan dengan sempurna. nak kata puasa penuh tu memang tak lah kan. dah nama pun perempuan hahahah. Tahun ni sambut puasa dengan orang baru. dengan dia. so far dia memang okay.

and this year aku paling banyak makan kat luar. before2 this makan kat bilik je banyak. beli kat kafe makan kat bilik. makan sorang2 depan laptop plak tuh. nasib baiklah tahun ni ada kelainan sikit. boleh makan dengan member2, ada makan kat luar. i mean its so variety sampai aku sendiri tak rasa Ramadhan tu berlalu. memanglaa kata orang masa tu makin cepat berlalu sebab kita banyak buat kerja, buat itu, buat ini so cepat je masa tu akan berlalu.

just selalunya aku akan pg bazaar, beli makanan kat bazaar pastu berbuka kat cafe. kalau tak pun berbuka kat mana2. kat luar.

Bazaar Ramadhan ni pun satu hal jugak. kalau dah pergi time puasa tu memang tengok semua benda rasa nak beli. semuaaaaa lah nampak sedap. tapi bila dah makan masa berbuka tu rasanya biasa je. yang tak tahan kalau beli xsedap atau tak elok hmmm makan hati je waktu berbuka tu. ada sekali tu aku beli cake tiramisu sebab kononya mengidam nak makan cake. tapi masa makan berbuka tu aku nak termuntah sebba cake dah berbau pastu eeeeiiii memang aku berlari ke sinki muntah. waktu tu memang aku hilang sabar jelah. tak ikhlas lansung meniaga. aku memang xhalalkan lah duit yang aku bayar tu. sebab dia jual makanan yang dah tak elok. haram hukumnya. menipu dalam perniagaan namanya tu. then elakkan laa beli air yang ada ice sebab nanti dah berbuka mesti air tu semua dh tawar. aku sarankan beli air kotak je senang. ataupun beli air yang suam, bila dah berbuka pandai2 laaa korang cari ice.

other way aku makan berbuka nasi putih dengan lauk mcam ikan siakap 3 rasa ke, kailan ikan masin ke, tomyam ke, sup daging ke. kalau mcm ni pun jimat jugak. boleh makan ramai2.

tak pun makan ala-carte je kat restaurant. contoh mcm kat secret recipe ke, kfc ke, nandos ke, mahal sikit laaa sebab kedai mcmni sure ada tax. lagipun kalau dalam mall memang mahal sebab sewa kedai apa semua.

so mcmni laaa rutin berbuka aku untuk semester akhir ni. nampak mcm makin kurang bonding kan? tapi tak sebenarnya sem ni aku paling banyak bonding dengan member sebab aku punya roomate classmate aku and aku rasa aku xda problem dengan dia. so far okay je. and aku selalu turun makan dengan dia with my sayang and my classmate.

after all aku serba salah jugak sebab dia selalu ikut je apa ku buat and just always by my side instead of his friends. so aku harap aku xmenyinggung perasaan dia or apa2. sebab aku dha tanya dia wether dia okey mcmni or tak. tapi dia lagi okay lepak dengan aku and classmate aku daripada dengan classmate dia, so what should i say.. i hope u are doing fine with this relationship because im in a way to make you happy everyday and loosen up your stress. which i say you are different person now and such happy person than the moment i met you before.

i love you. je taime.


Thursday, 24 July 2014

Baju Raya aku tahun ni ??

Tahun ni aku beraya lain sikit. sama laa macam Ramadhan.
beraya dengan orang baru hehehe.
and aku beraya as a person yang dah umur 20. wah tua gila rasa.
Tahun ni aku dah macam takder mood nak raya sebab aku dah expect duit raya akan berkurangan.
tidaakkk !!!
tak suka laa duit raya kurang.
tapi nak buat mcamana kena gak terima hakikat.
Harini baru lepas beli baju raya.
carik baju raya pun satu masalah jugak. dlu kakak rajin je nak teman g cari.
ni bila dah besor2 mcmni terpaksa la pergi carik sendiri. semua benda kena handle sndri dah.

First of all aku dah lama usha ada satu baju kurung kat aeon big tu.
duit je takde time tu. tapi memang dah aim lama dah.
time bulan puasa ada gak 2,3 kali aku pergi usha baju fesyen mcmtu.

so bila dah ada duit ni, aku pergi laaa usha baju tu balik.
bila aku usha banyak kali, baju tu nampak macam baju yang sarat pulak.
bila tengok design dia banyak2 aku pun da takde idea nak pilih design yang mana sebab aku asik jumpa semua lebih kurang je. aku cuak lak kalau ramai pakai baju yang sama macamtu nanti.

jalan punya lama, try sana sini then aku pergi laaa wangsawalk plak.
kat wangsawalk memang every year akan ada event kat main centercourt dia tu untuk jual baju baju raya, sometimes ada event untuk wedding. mcam yang aku pernah join bukak booth kat situ dulu.

nasib aku baik sebab budget aku tak lari. budget aku RM100. so aku dapat sehelai baju warna turquoise untuk harga RM99. alaaaa baki dia singgit jer pun hahaha.
so baju aku tu camnieee


sorry sebab background tak berapa nak lawa and model pun xberapa nak cantik kihkihkih.
okay esok kena beli tudung kayy huhuhu.
nite2



Friday, 11 July 2014

Record and Get Loud

Kay apa2 pun Assalamualaikum semua. kepada yang baca blog aku ni laa. kalau tak baca pun boleh jugak jawab salam ni haa hehe.

minggu ni memang minggu yang agak letih bagi aku sebabnya bila siang ada class, malam plak sibuk meeting dengan assignment. so memang bila ada masa terlebih jer aku terus tidur hahaha. pasal aku memang xcukup tidur dah. ada sekali tu dari pukul 10 malam sampai sahur aku tertidur. aku pun bangun dengan mata penuh dengan benda putih2. apa lagi taik mata laa kan hahaha.. tapi aku rasa yang tu minggu lepas rasanya.
miggu ni kurang sikit kot tidur. tapi senang terelelap. bila ada masa sikit je terus terlelap. tak kira laaa petang ke malam. Ish3 ape laaa aku ni bulan puasa banyak tidur kan. patutnya pergi buat amal, baca Quran ke apa ke. hmmm mcm ni lah student. bila dah penat perah otak yang tau nak tido je lepastu.

sebenarnya study ni letih jugak sebenarnya. espacially bila part nak handle kerja tu satu persatu. nak arrange mana satu nak buat dulu then nak fikir macamana nak buat supaya boleh settle semua kerja tanpa clash dengan subject-subject lain.

dah lari topik sebenarnya ni. semalam aku ada assignment yang agak extreme lahh. Tapi bukan extreme macam sukan-sukan lasak tu eh. no no no tidak sama sekali.

Lecturer mintak kami semua pergi kat Plaza Low Yat yang terletak kat jalan Imbi dekat dengan Times Square tu. Group aku 4 orang. and aku sorang je perempuan. cehhhh. tapi takpe kerja dengan lelaki ni senang sikit. diorang tak emo haha. so petang tu sebelum gerak pergi sana, aku dah ambil awal2 kamera yang aku sew dekat Pejabat Hal Ehwal Pelajar. sebenarnya aku nak guna dslr sebabkan quality gambar yang lebih sharp dan menarik. tapi aku salah amik lens pulak adeh.. patutnya aku amik lens panjang tu. yang pendek ni untuk macro. haih... pening aku. maklumlah aku bukan ada dslr pun.

pukul 3 gerak dari ksj then naik cab pergi LRT Sri Rampai, then turun Dang Wangi nak anik Monorail dari Imbi. tunggu Monorail punye lah lamaaaa. dekat satu jam stengah tunggu. tambah2 dia bukak satu lane je. penat tak penat gua ni? dengan penuh foreigner laaa, semua jenis bangsa ada.

aku syak ni mesti sebab kes jalan berlubang kat area imbi tu. ni gambar dia


tapi skarang ni jalan tu tengah construction and menyebabkan kesesakan yang teruk kat area tu. sebab tu dah kira macam main road untuk orang yang kerja area Jalan Raja Chulan, area Imbi, Medan Tuanku apa semua. 

berbalik pada topik sebenarnya nak gtau aku pergi Plaza Low Yat sebab aku nak settle kan assignmnet Computer Hardware dengan group aku. yang memerlukan kami record pasal Computer punya highest spec for hardware mcm multimeida, gaming and office usage. 

agak letih jugak buat kerja macamni nak2 tengah bulan puasa macamni. banyak dugaan merata-rata dengan nampak non-muslim makan ice-cream apa semua. peehh. dan ditambah dengan kedaan di Plaza Low Yat yang sesak dan padat. kena cari orang lagi untuk explain pasal kerja kitorang tu apa semua. 

Ada laa dalam 3,4 kedai kami masuk sebelum kami jumpa sorang brother ni yang baik hati explain semua benda untuk kitorang. Thanks a lot kat abang tu. sebelum tu aku kena maki dengan sorang chinese hanya sebab aku nak rakam dia. ntah pape ntah. then dia tulis2. aku ingat dia tulis ape benda ntah skali dia cuma tulis spec2. aku ingat lepastu dia nak explain ke apa ke ekeleeh sabar jelah. sakit hati aku sebab marah tak tentu pasal. lepas dia tulis2 dia blah. aku memang kalau ikutkan nak penyepak terajang je. 

then nasib baiklah kitorang pergi tingkat 4 ada satu kedai tu, abang tu kira baik jugaklah sebab dia sanggup tolong explain kat kitorang macam2. lama pulak tu dia explain. zarul tanya macam2 dia still cool je jawab.
btw aku glad sebab assignment settle sebab tough jugak nak kena record orang awam macamtu je. kena minx permission. kalau mintak permission pun kena marah jugak pun xtau nak cakap apa laa. sakit hati laa kot. 

by the way memang penat gila semalam and aku tidur lepas sahur sebab nak siapkan proposal Computer Security. Nasib baik si comel aku sanggup bersengkang mata teman aku. hmmm tengkiu teddy bear heehehe


He's Gone

Today is the day,my dad lave us. I know that Im not mention abut him at all, maybe due to how he act to me and how he treat me makes me feel...